Monday, November 3, 2008

UPSI KEbaNGgaAnKu....

BANGUNAN CANSELORI


PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN


PANGGUNG BUDAYA


AUDITORIUM


LOGO


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah disytiharkan sebagai sebuah universiti pada 1 Mei 1997. Ia adalah Universiti Pendidikan pertama negara ini. Sejarah UPSI bermula dari 29 November 1992 apabila The Sultan Idris Training College (SITC) for Malay Teachers dirasmikan oleh Sir W. George Maxwell, Ketua Setiausaha Negeri-negeri Melayu pada ketika itu.

Kumpulan pertama penuntut berjumlah 120 orang dan tenaga pengajar seramai 4 orang. Bagi memenuhi tuntutan Laporan Razak SITC ditukarkan nama kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang khusus untuk melatih guru-guru sekolah rendah dalam tahun 1957.

Tradisi sebagai maktab bagi penuntut lelaki sahaja telah dipecahkan mulai Januari 1975 apabila ia mula menerima 140 orang penuntut perempuan. Pada tahun 1987, MPSI telah dinaikkan ke taraf institut dan digelar Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI)



No comments: